Sesi fotografi Hari Raya Aidilfitri 2026M / 1447H telah diadakan bersama warga CSNano bagi memeriahkan sambutan Syawal serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan staf.
Dalam sesi tersebut, Pengarah CSNano, PM, ChM, Dr. Lee Siew Ling, turut menyampaikan sumbangan kuih raya dan duit raya kepada semua staf sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan dedikasi yang diberikan sepanjang menjalankan tugas.
Inisiatif ini mencerminkan semangat kebersamaan dan budaya kekeluargaan yang sentiasa diterapkan dalam komuniti CSNano.