Select Page

🔬🤖 ROBOVISION EXPLORER: PENEROKAAN DUNIA ELEKTRONIK & ROBOTIK!

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) akan menganjurkan program RoboVision Explorer: Pengenalan Litar Elektronik & Litar LDR pada 3 dan 24 November 2026.

Program ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada pelajar mengenai asas elektronik, reka bentuk litar berasaskan Light Dependent Resistor (LDR) serta aplikasi teknologi robotik melalui pendekatan pembelajaran secara interaktif dan praktikal.

Pelaksanaan program ini dibahagikan kepada dua fasa. Fasa 1 pada 3 November 2026 memfokuskan kepada pengenalan komponen elektronik dan asas pembinaan litar LDR yang melibatkan guru mentor serta pelajar terpilih. Seterusnya, Fasa 2 pada 24 November 2026 akan memberikan tumpuan kepada aktiviti RoboVision Explorer yang melibatkan 10 kumpulan pelajar melalui pembinaan dan penerokaan projek mini berasaskan elektronik.

Melalui program ini, peserta berpeluang meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas elektronik, mengasah kreativiti, memperkukuh pemikiran kritis serta mengembangkan kemahiran penyelesaian masalah melalui aktiviti pembelajaran berasaskan projek.

Penganjuran program ini diharapkan dapat menyemarakkan minat generasi muda terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), di samping memperkukuh kerjasama antara guru dan pelajar dalam membudayakan inovasi dan teknologi sejak peringkat awal pendidikan.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Research & Innovation
Get the latest news & events
UTM Open Day