Sains merupakan subjek yang sangat penting dalam kurikulum sekolah. Pengetahuan mengenai bidang sains akan membantu pelajar dalam pembangunan pemikiran logik serta pertimbangan kritikal. Dalam usaha untuk mencapai perkembangan sains yang baik di Malaysia, adalah penting untuk menyedarkan pelajar tentang kepentingan sains sejak peringkat awal persekolahan lagi.
Justeru, Program Pemindahan Ilmu Berkaitan STEM di Sekolah Rendah akan dirancangkan dengan menganjurkan “Science Camp 2022” untuk pelajar sekolah rendah Darjah 6 di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Woon Hwa, Kangkar Pulai. CSNano telah mengambil inisiatif ini untuk memperkenalkan sains kepada para pelajar melalui amali dan demonstrasi.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SJK(C) Woon Hwa akan dijemput sebagai penganjur bersama bagi menjayakan program ini. Program ini juga akan mendapat tajaan daripada pihak swasta. Dengan usaha ini, program ini turut dapat menyumbang kepada pencapaian CSNano, ISI-SIR dan Fakulti Sains, UTM dengan penganjuran projek penglibatan komuniti bertaraf 3 bintang dalam penillaian instrumen MyRA II.
Program “Science Camp 2022” ini adalah usaha CSNano untuk memperkenalkan dan memupuk minat kanak-kanak sekolah rendah dalam bidang sains. “Science Camp 2022” akan memberi peluang kepada pelajar sekolah rendah Darjah 6 (yang berumur 12 tahun) untuk menerokai dunia sains melalui amali dan eksperimen yang selamat serta menarik di bawah pengawasan fasilitator yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi dari Fakulti Sains, UTM. Oleh itu, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Woon Hwa, Kangkar Pulai, Johor, dijemput untuk mengambil bahagian dalam program ini.
- Mempromosikan sains di kalangan pelajar sekolah rendah;
- Memupuk minat serta motivasi di kalangan pelajar sekolah rendah terhadap bidang sains;
- Meningkat kesedaran masyarakat tempatan terhadap kepentingan sains;
- Mewujudkan unsur kelestarian dalam projek penglibatan komuniti;
- Mempromosikan CSNano dan UTM sebagai pusat penyebaran ilmu sains di masyarakat tempatan.
ATURCARA PROGRAM
PROGRAM PEMINDAHAN ILMU BERKAITAN STEM DI SEKOLAH RENDAH
(SCIENCE CAMP 2022)
Tarikh : 5 Disember 2022 (Isnin)
Masa : 7.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat : Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Woon Hwa, Kangkar Pulai, Johor
Masa | Aktiviti |
07.30 – 0.800 | Pendaftaran Peserta |
08.00 – 08.20 | Kata-kata Aluan Guru Besar SJKC Woon Hwa dan Wakil UTM |
08.20 – 09.30 | Penerangan dan Demonstrasi Eksperimen Sains (Bahagian A) |
09.30 – 09.50 | Minum Pagi |
09.50 – 11.30 | Demonstrasi Eksperimen Sains (Bahagian B) |
11.30 – 12.00 | Sesi Soal Jawab |
12.00 – 12.30 | Penutup dan Bersurai |
AHLI JAWATANKUASA PROGRAM
Prof. Madya ChM. Dr. Nik Ahmad Nizam Nik Malek | Penasihat |
Prof. Madya ChM. Dr. Lee Siew Ling | Pengarah Program |
Prof. Madya ChM. Dr. See Hong Heng | Timbalan Pengarah Program |
Pn. Siti Nur Sakinah Ahmad | Setiausaha |
Pn. Evayusni Ahmad Yusuf | Penolong Setiausaha |
Pn. Nani Sazana Hamdan | Bendahari |
Dr. Koh Meng Hock | Ketua Unit Program |
PM. Dr. Roswanira Abd Wahab | Ketua Unit Penajaan |
Pn. Sabariah Ajis | Ketua Unit Publisiti |
Pn. Nurul Adhah Saini | Unit Publisiti |
Pn. Nur Hidayah Azmi | Unit Publisiti |
En. Shahrul Nizam Mahmod | Unit Teknikal |
Goh Hui Shian | AJK Guru |
Chong Hwee Sian | AJK Guru |
Lim Hui Chin | AJK Guru |
Pang Sook Fang | AJK Guru |
Yong Kai Hern | AJK Guru |
Yeoh Kai Mei | AJK Guru |
Wong Wei Jen | AJK Guru |
Leong Cheng Yee | AJK Pelajar |
Ling Chui Min | AJK Pelajar |
Alice Sim Hui Li | AJK Pelajar |
Lim Wei Wen | AJK Pelajar |
Lee Ching Shien | AJK Pelajar |
Loh Yian Zhi | AJK Pelajar |
Chew Yi Sheng | AJK Pelajar |
Eng Jia Jia | AJK Pelajar |
Ng Woon Shin | AJK Pelajar |
Tai Xin Hong | AJK Pelajar |
Esther Sia Xi Yue | AJK Pelajar |
Chong Siew Yin | AJK Pelajar |
Chee Hui Wen Lim Yi Xin Loo Chai Wei |
AJK Pelajar AJK Pelajar AJK Pelajar |
Roy Quah Zhi Ming Ku Jia Sin |
AJK Pelajar AJK Pelajar |
Bong Lai zhi | AJK Pelajar |
Penaja Program