Pusat Kajian Harta Tanah (UTMCRES) dengan kerjasama Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) telah menganjurkan Bengkel Cadastre and Land Administration Thesaurus (CaLaThe) pada 09 Februari 2022. Program ini telah dijalankan secara hybrid melalui platform webex dan secara fizikal di Dewan Konvensyen FABU.
Program kerjasama ini merupakan kerjasama antarabangsa antara UTM, Aalborg University Denmark dan Yildiz University, Turkey.
Ia juga merupakan kerangka misi UTMCRES sebagai Centre of Excellence (CoE) untuk menjadi peneraju pendidikan dalam bidang profesional harta tanah dan alam bina dan ukur di Malaysia. Justeru, dalam misi untuk mencapai matlamat tersebut, kerjasama bersama dengan pihak universiti terunggul di dunia adalah amat penting.
Seramai 16 pakar bidang telah dilantik dalam kalangan para penyelidik UTMCRES, pensyarah-pensyarah daripada Jabatan Harta Tanah dan Jabatan Geomatik, FABU.
Objektif utama Bengkel CaLaThe ini dijalankan adalah untuk membincangkan berkaitan pembangunan multi-lingual glossary terms versi ke-6 dengan rujukan kepada piawaian antarabangsa termasuklah ISO 19152:2012, Land Administration Domain Model (LADM), OGC Land and Infrastructure Conceptual Model Standard (LandInfra/ InfraGML) serta memenuhi piawaian yang diamalkan di Malaysia. Â
Bengkel CaLaThe dimulakan dengan sesi pengenalan oleh Pengerusi Majlis, Pn Umussaa’dah Adam, diikuti dengan ucapan perasmian oleh Pengarah UTMCRES, Dr. Nurul Hana Adi Maimun. Bengkel CaLaThe diteruskan dengan sesi taklimat ringkas serta penerangan gerak kerja sepanjang bengkel berlangsung oleh Ketua Projek, Dr Fatin Afiqah Md. Azmi.
Pada sesi petang, Bengkel CaLaThe lebih menumpukan kepada sesi perbincangan berfokus antara pakar bidang CaLaThe bagi setiap terminologi yang dibangunkan bagi tujuan keseragaman berpandukan kepada manual rujukan khas di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
Program kerjasama antarabangsa ini diharapkan dapat memartabatkan kecemerlangan ilmu dan kepakaran penyelidikan khususnya dalam bidang pentadbiran tanah dan kadaster bertepatan dengan Petunjuk Prestasi (KPI) yang digariskan dalam UTM Envision 2021-2025 seperti berikut:
Strategic Thrusts 1: World-class Holistic Talents to extend the Frontier of Education and Research
Strategic Thrusts 2: Creative and Resilient Performance Delivery Through Emphatic and Agile Governance
Strategic Thrusts 3: Institutional Growth through Unique Niche and Specialization for Long-term Sustainability
Strategic Thrusts 4: Transformative Life Experiences through Knowledge Empowerment and Thrust
Strategic Thrusts 5: Global Eminence as Malaysian Top Research University in 2025. Â