Piagam Pelanggan Jabatan TNC (Penyelidikan & Inovasi)
Selaras dengan visi dan misi UTM untuk menjadi salah sebuah Universiti Awam yang ternama di peringkat antarabangsa dalam penyelidikan, inovasi, penerbitan dan pengajaran maka UTM perlu mengambil pendekatan yang jitu untuk membangunkan budaya penyelidikan yang kompetitif dan berinovasi di kalangan staf dan pelajar demi meningkatkan kualiti kehidupan sejagat.Â
Sehubungan itu kami amat komited dalam :
- Memastikan UTM dapat mengekalkan status Universiti Penyelidikan dengan memacu dan menyelaras perkhidmatan yang meliputi pengurusan penyelidikan, pembangunan, inovasi dan jaringan yang melebihi jangkaan pelanggan;
- Memastikan proses pengurusan penyelidikan, pembangunan, inovasi dan jaringan lebih efisien dan mampan serta kondusif;
- Meningkatkan keterlihatan kepakaran penyelidik dan penyelidikan UTM bagi memastikan ianya dapat dimanfaatkan dan dikongsikan kepada masyarakat dan industri dalam dan luar negara;
- Menerajui penyelesaian kepada permasalahan kompleks melalui pengetahuan dan penyelidikan terfokus dalam bidang strategik yang memberi impak kepada negara, komuniti dan industri; dan
- Memastikan semua aspek keselamatan, integriti dan kerjasama dipraktikkan dalam pengurusan penyelidikan, pembangunan, inovasi dan jaringan.