Kerjasama Pintar Inovasi bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Fatimah Hashim, Johor Bahru telah diadakan pada 26 Oktober 2024.
Projek bimbingan Transfer of Knowledge ini telah diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Harisun Yaakob melibatkan kerjasama pembangunan produk berpotensi berasaskan tumbuhan semula jadi.
Institut Pembangunan Bioproduk telah membantu pasukan SMKTFH dalam beberapa pertandingan sehingga ke peringkat antarabangsa sejak 2023.