15 September 2024 | MAEPS, Serdang
Sebuah majlis penyerahan Letter of Award (LoA) oleh pihak Haos Industries Sdn. Bhd. kepada Institute Of Bioproduct Development , UTM telah diadakan bersempena majlis perasmian Pavilion Johor di MAHA 2024. Majlis penyerahan ini juga telah disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Kemajuan Luar Negeri Johor, Yang Berhormat Dato’ Zahari Sarip yang juga Wakil Rasmi kepada YAB Menteri Besar Johor.
Dengan penyerahan LoA tersebut, menandakan bermulanya kerjasama penyelidikan di antara kedua belah pihak yang memfokus kepada penambahbaikan proses dan pembangunan produk minuman keluaran Haos Industries Sdn. Bhd.
Kemudian, Pengarah IBD, Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Rosnani Hasham @ Hisam juga sempat berkunjung ke Laman Invoasi, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB), dimana terdapat pameran hasil penyelidikan felo penyelidik IBD bersama pihak MPIB. Antara produk hasil penyelidikan tersebut adalah ‘Promelains: Pineapple Botanical Syrup’ oleh Prof. Madya Ts. Dr. Harisun Yaakob dan ‘Ubat Gigi AnanaShine’ oleh Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Rosnani Hasham @ Hisam.








