Audit AKKP 2025 UTM di IVAT Perkukuh Amalan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Univerisiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru, 22 April 2026 – Institut Voltan dan Arus Tinggi (IVAT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menerima kunjungan pasukan audit bagi Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 2025 sebagai sebahagian daripada usaha berterusan universiti dalam memastikan pematuhan terhadap piawaian keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang ditetapkan.

Audit yang dijalankan ini bertujuan menilai tahap pematuhan IVAT terhadap keperluan perundangan serta garis panduan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, di samping mengenal pasti ruang penambahbaikan dalam pengurusan risiko di tempat kerja. Skop audit meliputi aspek dokumentasi, pengurusan bahan dan peralatan, prosedur operasi standard (SOP), HIRARC serta amalan keselamatan dalam apa juga aktiviti yang dijalankan di makmal IVAT.

Sepanjang sesi audit, pasukan juruaudit turut mengadakan pemeriksaan tapak serta sesi temubual bersama staf bagi mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai pelaksanaan sistem pengurusan keselamatan di IVAT. Komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh warga kerja IVAT dalam mematuhi prosedur keselamatan dan mengutamakan kesejahteraan di tempat kerja telah mendapat pujian daripada pihak juruaudit.

Timbalan Pengarah IVAT, P.M Ir. Ts. Dr. Noor Azlinda Ahmad, dalam ucapannya menegaskan bahawa audit AKKP ini merupakan platform penting untuk memperkukuhkan budaya kerja selamat dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang risiko. Beliau turut menyatakan bahawa IVAT komited untuk melaksanakan tindakan penambahbaikan secara berterusan selaras dengan keperluan standard keselamatan yang ditetapkan oleh universiti dan pihak berkuasa.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan Audit AKKP 2025 ini mencerminkan kesungguhan IVAT dalam memastikan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan kondusif, sekaligus menyokong kecemerlangan operasi serta reputasi UTM sebagai institusi pendidikan tinggi yang mengutamakan keselamatan dan kualiti.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index

UTM Open Day