Majlis Amanat Tahun Baharu TNCPI 2019
Kuala Lumpur: Pada 13 Februari 2019 telah berlangsungnya Majlis Amanat Tahun Baharu TNCPI 2019 di Dewan Jumaah UTM Kuala Lumpur dan amanat telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Ahmad Fauzi Ismail selaku Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM. Majlis ini adalah bertujuan untuk membentangkan hala tuju penyelidikan dan inovasi untuk tahun 2019 dan prestasi terkini penyelidikan dan inovasi dari aspek penerbitan, citasi, penerimaan geran dan kolaborasi yang telah dilaksanakan oleh warga penyelidik UTM secara keseluruhan. Semoga dengan amanat ini dapat membantu warga penyelidik UTM untuk mengambil tindakan yang proaktif dan mengatur strategi agar dapat merealisasikan matlamat penyelidikan dan inovasi selaras dengan matlamat universiti.