+603-2615 4350 tncpiutmkl@utm.my

Program “Team Building – Towards Better Team”

Oct 27, 2018Events

MELAKA: Pada 26 Oktober 2018 hingga 27 Oktober 2018 bertempat di Umang-umang Resort, Kuala Linggi, Melaka telah diadakan Program Team Buiding – Towards Better Team anjuran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Program ini diadakan bertujuan untuk membangunkan peribadi staf yang positif, kreatif dan berkeyakinan tinggi,  mengeratkan silaturrahim  antara staf yang berlainan unit, membina semangat berpasukan yang jitu dan membangunkan kemahiran serta strategi komunikasi  yang efektif dalam berpasukan. Program ini bermula dari jam 10:00 pagi pada 26 Oktober 2018 dan berakhir pada jam 1:00 petang pada 27 Oktober 2018.

 

Seramai 64 orang staf daripada pejabat ini telah menghadiri program berkenaan. Mereka dibahagikan kepada 6 pasukan yang dibezakan mengikut warna baju iaitu hitam, kelabu, merah, ungu, hijau, dan biru. Setiap pasukan diberikan mata dalam setiap aktiviti yang dijalankan dan pasukan yang memperoleh mata yang tertinggi akan memenangi pasukan terbaik dalam program ini. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya Team Building Match, Sukan Pantai, Telematch  dan banyak lagi. Pasukan yang memenangi kategori pasukan terbaik adalah pasukan merah. Tahniah diucapkan kepada pasukan merah dan juga kepada pasukan yang lain yang menunjukkan komitmen dan kemahiran berpasukan yang amat membanggakan. Semoga ukhuwah yang terbina dapat terus dikekalkan dan mewujudkan keharmonian di tempat kerja.
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus

Higher Institution Center of Excellence (HI-COE)

AMTEC INV WCC

Research Institute

IFE RISE IVESE ISI-SIR IHUMEN ISIIC

Center of Excellence (COE)

IVAT IFOG CAIRO CEE CACM ICA IBD

Service Entity

RMC UTM PRESS CCIN ICC PPMU UTM-ISI

DVCRI Office

Johor Bahru Kuala Lumpur DVCRI Profile

Get the latest news and events.

Share your thoughts.