9.00am – 5.00pm
Pusat Penyelidikan Fiqh Sains & Teknologi (CFiRST) telah mengadakan Kursus Intensif Bahasa Arab 2.0 bertempat di Dewan al-Marbawiy, Blok S45, Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru.
Kursus sehari itu telah dihadiri oleh 25 orang peserta yang terdiri dari dalam kalangan staf universiti, pelajar dan juga orang awam.
Kursus ini merupakan satu platform khas bagi seseorang yang berhasrat untuk mendalami bahasa Arab dan mengukuhkan penguasaan mereka.
Kursus intensif ini telah dibimbing oleh instruktur bahasa, Encik Shahrel Ahmad Khan, yang berpengalaman hampir 20 tahun dalam bidang pengajaran bahasa Arab. Kursus ini dikendalikan dalam bahasa Arab rasmi, Inggeris dan Melayu agar lebih mudah difahami oleh para peserta,