Pada 27 Mei 2013 yang lalu, Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Y.Bhg. Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin diiringi oleh barisan kepimpinan tertinggi Bahagian Pengurusan Fatwa, JAKIM telah mengadakan kunjungan hormat ke CFiRST. Ia bertujuan membincangkan tentang penyelidikan terkini di CFiRST di samping meninjau potensi kolaborasi dalam bidang penyelidikan.  Sesi perbincangan tersebut turut melibatkan beberapa kolaborator dalaman CFiRST iaitu wakil dari Vicubelab (F.Comp), Fakulti Pendidikan, Fakulti Sains, Fakulti Kejuruteraan Kimia dan beberapa Pusat Kecemerlangan lain.
Sesi kunjungan hormat dan perbincangan yang diadakan telah membuka ruang baru kepada para penyelidik yang hadir dalam meneroka bidang dan tren terkini isu penyelidikan yang boleh dibiaya oleh pihak Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan. Sesi tersebut diakhiri dengan susulan proposal penyelidikan daripada pelbagai pihak yang hadir dan sesi fotografi.