Pada 10-12 Mei 2013 telah diadakan bengkel akhir bagi Geran 01H42 (Kecenderungan Penyusuan Anak Angkat dalam Kalangan Wanita) bertempat di Pulai Desaru Beach Resort & Spa, Kota Tinggi. Bengkel ini diadakan untuk melihat keseluruhan perjalanan sepanjang projek ini dilakukan terutamanya dari segi maklumat, kewangan dan kajian yang dilakukan oleh student PHD.
Bengkel ini memberi ruang  kepada semua penyelidik yang hadir untuk berbincang segala permasalahan berkaitan dengan projek ini supaya penambahbaikan dapat dilakukan.