Penyelidik dari Centre for Sustainable Nanomaterials (CSNano), Prof. Madya Ts. ChM. Dr. Nik Ahmad Nizam Nik Malek meraih 1 pingat emas dan 1 pingat perak dalam Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA’22) anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK), selaku tuan rumah bagi tahun ini. PECIPTA’22 telah berlangsung selama 3 hari, bermula 1 hingga 3 November 2022, bertempat di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Bachok, Kelantan.

Pingat emas tersebut berjaya diperolehi menerusi produk inovasi bertajuk “Silvern: Kesum-silver nanoparticles as antibacterial wound healing agent” yang merupakan krim nanopartikel perak (AgNP), di mana AgNP telah disediakan melalui kaedah biosintesis hijau menggunakan ekstrak daun kesum. Silvern juga terbukti berkesan dalam membunuh bakteria dan menghalang pertumbuhan bakteria. Silvern selamat digunakan untuk kulit manusia dan boleh digunakan sebagai penyembuh luka berdasarkan ujian sel in vitro dan ujian haiwan in vivo.

Silvern: Kesum-silver nanoparticles as antibacterial wound healing agent dan Dual-Antibax, hasil ciptaan Prof. Madya Ts. ChM. Dr. Nik Ahmad Nizam.

Manakala, pingat perak pula menerusi produk inovasi bertajuk “Dual-Antibax Cream” yang merupakan krim topikal mengandungi 2 agen antibakteria bukan organik dan organik yang boleh membunuh bakteria patogen pada kulit serta meningkatkan kesihatan kulit. Bahan-bahan utamanya ialah kaolinit sebagai bahan utama dan ion perak dan cetyltrimethyl ammonium bromide (CTAB) sebagai bahan aktifnya. Dual-Antibax Cream juga dihasilkan dengan gabungan minyak zaitun, biji koko, aloe vera dan bahan-bahan lain.

Produk Dual-Antibax Cream [1] dan Silvern [2] yang telah dipamerkan di PECIPTA’22 baru-baru ini.

Sementara itu, PECIPTA’22 yang bertemakan “Tingkatkan Inovasi, Kreativiti, Teknologi, Keusahawanan dan Masyarakat merupakan acara dwitahunan sejak tahun 2001 lagi, telah menjadi platform kepada para penyelidik tempatan untuk mempersembahkan projek-projek inovasi yang dibangunkan. PECIPTA’22 juga berhasrat untuk meningkatkan rangkaian dan kerjasama di kalangan peserta, universiti dan agensi berpotensi untuk terus meneroka, menambah baik dan memastikan teknologi yang dibangunkan boleh dipindahkan kepada industri dan juga komuniti.

 

Prof. Madya Ts. ChM. Dr. Nik Ahmad Nizam Nik Malek bersama hasil penyelidikan beliau.

 Prof. Madya Ts. ChM. Dr. Nik Ahmad Nizam Nik Malek bersama penyelidik lain yang telah memenangi pingat emas di PECIPTA’22.

Pautan:

Maklumat berkaitan produk Silvern:

https://people.utm.my/niknizam/products/silvern/

Maklumat berkaitan produk Dual-Antibax Cream:

https://people.utm.my/niknizam/products/dualantibaxcream/

Berita asal dari UTM NewsHub

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index