Majlis Khatam Al-Quran Muslimah AMTEC telah diadakan pada 29 May 2019 bertempat di bilik mesyuarat AMTEC. Program tersebut disertai oleh para pensyarah, staf dan pelajar wanita muslimah AMTEC berjumlah seramai 35 orang. Program ini merupakan majis penutupan sesi bacaan Al-Quran yang dijalankan sepanjang bulan Mei sempena sambutan bulan Ramadhan.
Bacaan A-Quran diketuai oleh Nor Akalili Ahmad, pelajar Master AMTEC bermula dengan surah Ad-Duha sehingga surah An-Nas. Setelah tamat sesi bacaan Al-Quran, program diteruskan dengan sesi penyampaian cendera hati kepada peserta program oleh Dr. Farhana. Program Khatam Al-Quran diakhiri dengan sesi fotografi bertempat di lobi bangunan AMTEC. Kemeriahan program ini menampakkan kemeriahan suasana hari raya dalam kalangan warga AMTEC dan semoga hubungan kemesraan silaturahim ini akan berterusan.