JOHOR BAHRU, 9 Nov. 2013 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mempamerkan kejayaan cemerlang apabila memenangi 3 anugerah khas, 14 emas, 18 perak dan 8 gangsa di Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA 2013) di ibu negara yang berakhir hari ini.
Dr Juhana Jaafar dinobatkan sebagai penerima Anugerah Paling Cemerlang (Most Distinguished Award) menerusi inovasinya SPEEK – Nanoclay Membrane: The Efficient Fuel Separator.
Produk yang dihasilkan oleh Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Petroleum dan Tenaga Diperbaharui itu turut memenangi anugerah Best of The Best bagi kategori bahan, pembuatan, kejuruteraan awan dan kejuruteraan mekanikal.
Dr Juhana mencipta alat yang mampu menghasilkan tenaga elektrik daripada methanol yang lebih efisyen dan dapat mengurangkan pencemaaran berbandingkan sistem sedia ada.
Manakala Profesor Dr Mohammad Kamal A. Rahim dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik memenangi anugerah Best of The Best bagi kategori Senireka dan Kreativiti.
Beliau mencipta antenna yang dihasilkan sepenuhnya daripada tekstil yang dikenali sebagaiMultiband Textile Antenna for Wearable Application untuk tujuan pemantauan dan penjejakan oleh anggota tentera dan penyelamat.
Frekunsi yang dihasilkannya tidak memerlukan pengguna mendapatkan lesen daripada pihak berkuasa.
Pengarah Pusat Pusat Pengurusan Penyelidikan Profesor Dr Ruzairi Abd Rahim berkata, UTM menghantar sebanyak 41 produk bagi menyertai tujuh kategori yang dipertandingkan.
Menurutnya, kerjayaan itu menjadikan UTM sebagai pemenang pingat emas terbanyak dalam kalangan 52 peserta dari dalam dan luar negara yang mengambi bahagian di pameran rekacipta itu.
“Produk yang dipilih untuk menyertai PECIPTA 2013 disaring terlebih dahulu menerusi pertandingan di peringkat UTM bagi memastikan rekacipta dan inovasi terbaik sahaja dipilih,” katanya.
Profesor Dr Azizah Abdul Manaf dan Prof. Dr Ahmad Fauzi Ismail masing-masing memenangi dua pingat emas.
Manakala Professor Dr Mohamad Nazri Mohd Jaafar, , Prof. Madya Dr Sevia Mahdaliza Idrus Sutan Nameh, Prof Madya Dr Mohammed Rafiq Abdul Kadir, Dr Leow Pei Ling, Prof Madya Dr Yoe Kee Jiar, Dr Shreeshivadasan Chelliapan dan Prof Dr Wan Aini Wan Ibrahim masing-masing satu emas.
Pameran yang berlangsung selama tiga hari Pusat Konvensyen Luala Lumpur (KLCC) itu dirasmikan Menteri Pendidikan Dato’ Seri Idris Jusoh yang menyaksikan sebanyak 493 produk dipertandingkan.