LAWATAN RASMI KETUA SETIAUSAHA NEGARA KE ADVANCED MEMBRANE TECHNOLOGY RESEARCH CENTRE (AMTEC) UTM

JOHOR BAHRU, 15 Apr. — Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Pusat Kecemerlangan Pengajian Tingginya, Advanced Membrane Technology Research Centre (AMTEC) telah menerima kunjungan rasmi daripada Ketua Setiausaha Negara (KSN), YBhg. Datuk Seri Dr. Ismail bin Haji Bakar.

Objektif rangka kerja rasmi ini ialah inisiatif pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama UTM melalui AMTEC bagi projek pembekalan sistem air bersih terawat mudah alih di sekolah-sekolah pedalaman yang menghadapi masalah kritikal mendapatkan air bersih yang terawat.

Projek ini berkonsepkan khidmat masyarakat dan sekiranya berjaya dilaksanakan maka ia akan diteruskan ke sekolah-sekolah pedalaman yang lain bagi kesejahteraan rakyat.

Turut hadir dalam majlis lawatan rasmi ini ialah Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, YBhg. Datuk Saiful Anuar Lebai Hussen, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KPM, Dato’ Azizan bin Mohamad Sidin, Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM merangkap Ketua Projek, Prof. Datuk Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail, Pengarah AMTEC, Prof. Madya Dr. Mohd Hafiz Dzarfan, ahli pengurusan tertinggi UTM dan wakil-wakil kementerian yang terlibat.

Selain daripada produk teknologi membran ini dipamerkan juga produk-produk UTM yang berimpak tinggi yang lain iaitu produk Dynamic and Smart Web Content Filtering using eyeNOON Next Generation Firewall, Advanced Dialysis Nephorologist Application Network (ADNAN), Bivalve Mollusc Toxic Metals Removal System (MOLLUSCURE), eBraille Al-Quran dan CR2-Haptic Rehabilitation Robot.

Ketua Projek, Prof. Datuk Dr. Ahmad Fauzi Ismail berkata, penghasilan sistem rawatan air bersih dan selamat ini adalah daripada projek penyelidikan terdahulu di bawah KPM seperti geran-geran tajaan penyelidikan yang telah dibiayai oleh pihak KPM iaitu Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS), Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS), Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) dan program NBOS4 semenjak 2010 sehingga kini.

 Impak daripada geran-geran penyelidikan ini, AMTEC telah berjaya membangunkan sistem rawatan air bersih terawat yang bersifat mudah alih dengan kos pengoperasian yang sangat rendah dan praktikal bagi kegunaan mangsa-mangsa bencana alam, kawasan yang mengalami musim kemarau, terputus bekalan air bersih serta pihak industri yang mengitar semula air yang dihasilkan daripada proses pembuatan dan pengilangan.

Sistem ini mampu merawat air dari sumber seperti air sungai, air bawah tanah dan air banjir.

Ia turut dilengkapi dengan tujuh peringkat penapisan iaitu pra-penapisan, tapisan mikron, membran turasan ultra, membran osmosis balikan, pasca-penapisan dan nyahkuman bagi memastikan air ini selamat dan bersih serta mengikut piawaian standard air minum kebangsaan.

Reka bentuk dan spesifikasi sistem telah dibangunkan oleh tenaga penyelidik UTM sendiri mengikut kesesuaian kualiti air dan bahan anti-karat.

Menurutnya lagi, isu bekalan air bersih terawat di sekolah-sekolah merupakan antara isu yang sangat kritikal terutamanya di kawasan pedalaman Sarawak, Sabah dan Kelantan.

Justeru ia perlu ditangani dengan jelas dan segera bagi memberikan kemudahan, keselesaan serta meningkatkan kesihatan para pelajar dan guru-guru di sekolah.

Menurut Prof. Madya Dr. Mohd Hafiz Dzarfan, sehingga kini pihak AMTEC telah menghasilkan 10 buah sistem rawatan air minuman bersih mudah alih berasaskan Teknologi Membran yang dibangun dan diselia sendiri oleh kakitangan UTM.

Sistem ini berkeupayaan menghasilkan 1000liter sehari bagi air minuman bersih terawat dan 3000 liter sehari air terawat bagi kegunaan harian.

Sistem ini juga telah direkabentuk khas bagi mudah dioperasikan dan tidak menggunakan tenaga yang tinggi serta dilengkapkan dengan penjana genset untuk beroperasi sekiranya kawasan tersebut tidak mempunyai bekalan ataupun terputus bekalan elektrik.

Menariknya sistem ini juga dapat dioperasikan secara teknikal dengan kadar paling minima bagi memberikan kemudahan kepada pihak sekolah untuk dioperasikan sendiri kelak.

Datuk Seri Dr. Ismail bin Haji Bakar pula berkata melalui pelaksanaan program ini diharap teknologi penyelidikan di universiti akan dapat digunakan bagi meningkatkan nilai sosial dan menjadi satu model dalam penyelesaian masalah bekalan air bersih kepada sekolah-sekolah di pedalaman yang menghadapi masalah bekalan air bersih terawat sejak sekian lama.

Pemindahan ilmu daripada penyelidik tempatan kepada masyarakat melalui penyelidikan transnasional ini juga adalah amat berguna bagi membentuk generasi berinovasi tinggi pada masa akan datang

YBhg. Datuk Seri Dr. Ismail bin Haji Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN) menandatangani buku pelawat semasa lawatan rasmi ke AMTEC UTM

YBhg. Datuk Seri Dr. Ismail bin Haji Bakar (KSN), YBhg. Datuk Saiful Anuar Lebai Hussen, Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Azizan bin Mohamad Sidin, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pendidikan Malaysia, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Dr. Ahmad Fauzi Ismail, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM merangkap Ketua Projek, Prof. Madya Dr. Mohd Hafiz Dzarfan, Pengarah AMTEC, pengurusan tertinggi UTM dan wakil-wakil kementerian yang terlibat bergambar bersama di AMTEC UTM

YBhg. Datuk Seri Dr. Ismail bin Haji Bakar (KSN) mencuba sendiri produk air minuman bersih terawat yang dihasilkan melalui sistem rawatan air mudah alih menggunakan teknologi membran.

Ketua Setiausaa Negara melawat tapak pemamer bagi produk-produk UTM yang lain eyeNOON Next Generation Firewall, Advanced Dialysis Nephorologist Application Network (ADNAN), Bivalve Mollusc Toxic Metals Removal System (MOLLUSCURE), eBraille Al-Quran dan CR2-Haptic Rehabilitation Robot.

Kumpulan para penyelidik UTM yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang dan kepakaran yang menjayakan program lawatan rasmi Ketua Setiausaha Negara.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index