Seminar Pengurusan Kecemasan dan Bencana Industri 2024

6-7 November 2024

Anjuran Pusat Kecemerlangan UTM-MPRC Institute for Oil and Gas, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Teknologi Malaysia

Latar Belakang

Seminar Pengurusan Bencana dan Kecemasan Industri dan BKN 2024 ini akan menjadi platform untuk memupuk perbincangan di kalangan pakar bencana teknologi, pihak berkuasa, badan profesional, penyelidik, sektor kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, dan pemegang taruh yang terkait untuk bertukar idea tentang punca dan penyelesaian bagi isu bencana teknologi yang kita hadapi hari ini. Menjelang akhir seminar ini, para peserta dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mereka tentang masalah kemalangan dan bencana besar di dalam negara dan serantau. Dengan itu, seminar ini juga akan merangsang tindakan mereka ke arah mengambil bahagian secara aktif dalam menambah baik pengurusan risiko bencana industri di Malaysia.

Malaysia merupakan sebuah negara yang terletak di kawasan geografi yang relatif stabil, namun masih berhadapan dengan pelbagai jenis bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, dan jerebu. Selain itu, negara ini juga tidak terkecuali daripada menghadapi ancaman bencana buatan manusia atau teknologi seperti kemalangan industri, pencemaran kimia, dan insiden radiasi. Dengan pertumbuhan pesat dalam sektor perindustrian dan teknologi, ancaman bencana teknologi menjadi semakin ketara dan memerlukan perhatian khusus. Kesiapsiagaan dalam menghadapi bencana memerlukan pendekatan yang holistik, melibatkan semua lapisan masyarakat termasuk kerajaan, sektor swasta, organisasi bukan kerajaan (NGO), dan komuniti tempatan. Di Malaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memainkan peranan utama dalam mengkoordinasikan usaha-usaha pengurusan bencana di peringkat nasional. Namun, cabaran yang dihadapi adalah untuk memastikan kesemua pihak berkepentingan bersedia dan mampu bertindak balas dengan efektif dalam situasi bencana besar. Bencana teknologi merujuk kepada kejadian yang berlaku akibat kegagalan sistem teknologi, kemalangan industri, atau aktiviti manusia yang mengancam keselamatan awam. Ancaman ini termasuklah letupan loji kimia, tumpahan minyak, kebocoran gas beracun, atau kemalangan nuklear. Sebagai negara yang sedang pesat membangun dengan pertumbuhan sektor industri yang pesat, Malaysia berdepan dengan risiko yang semakin meningkat daripada bencana teknologi.

 Kerajaan Malaysia telah mengambil beberapa langkah untuk memperkukuh kesiapsiagaan terhadap bencana teknologi, termasuk memperkenalkan undang-undang dan peraturan yang lebih ketat, menjalankan latihan berkala, dan meningkatkan kapasiti tindak balas kecemasan. Selain itu, kerjasama antarabangsa juga penting dalam mengukuhkan jaringan keselamatan dan memperoleh teknologi terkini dalam pengurusan bencana. Selain itu, pihak-pihak berkepentingan seperti pihak industri, komuniti setempat, dan NGO juga memainkan peranan penting dalam memastikan kesiapsiagaan terhadap bencana. Ini termasuk melibatkan diri dalam latihan simulasi bencana, mengamalkan langkah-langkah keselamatan di tempat kerja, dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang risiko bencana teknologi.

Negeri Johor sekali lagi dikejutkan dengan pencemaran sisa kimia yang mengakibatkan trauma bencana kimia kepada kira-kira 1,500 penduduk Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram akibat pencemaran sisa kimia, dipercayai dibuang di sungai berhampiran.

Terbaharu, merujuk kepada laporan daripada Buletin TV9, 8 September 2024, telah berlaku pencemaran bau yang melibatkan bahan kimia di beberapa kawasan sekitar Johor Bahru. Pencemaran ini telah dikesan sejak Selasa lalu, dan ia disyaki berpunca daripada pembuangan sisa bahan kimia yang sama.

Oleh itu, UTM-MPRC Institute for Oil and Gas (IFOG) berhasrat untuk menganjurkan Seminar Pengurusan Bencana dan Kecemasan Industri 2024 bagi memenuhi objektif seminar seperti berikut:

  1. Memahami keperluan perundangan Seksyen 15(2)(f) OSHA 1994, berkaitan tatacara pengurusan kecemasan.
  2. Memahami ancaman kecemasan kepada orang awam dalam aspek tumpahan bahan kimia, tanah runtuh, banjir dan tanah jerlus.
  3. Membincangkan tentang kesiapsiagaan pihak berkepentingan dalam menghadapi kecemasan dan bencana industri.
  4. Menyediakan platform perbincangan bagi meningkatkan kesiapsiagaan dalam pengurusan kecemasan dan bencana industri.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index