SEMINAR PENGURUSAN BENCANA INDUSTRI SEMPENA BULAN KESIAPSIAGAAN NEGARA 2023 (BKN 2023)
“Bulan Kesiapsiagaan Negara: Kesedaran dan Kesediaan terhadap Bencana”
11 – 12 Oktober 2023
Anjuran Pusat Kecemerlangan UTM-MPRC Institute for Oil and Gas, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), University Teknologi Malaysia


Latar Belakang
Bulan Oktober merupakan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) dan Hari Antarabangsa bagi Pengurangan Risiko Bencana Dunia yang disambut pada setiap 13 Oktober setiap tahun. Sambutan ini dapat memberikan kesedaran serta memantapkan lagi pengurusan risiko bencana kepada seluruh pemegang taruh termasuk syarikat pepasangan bahaya besar (MHI) dan masyarakat sekeliling.
Penerangan berterusan dapat memupuk kesedaran yang tinggi mengenai bencana bahaya besar dan menerapkan langkah kesinambungan hidup apabila bahaya besar seperti letupan dan pelepasan kimia toksin berlaku. Malaysia pernah mengalami kecemasan kimia terbesar sejak 1957, apabila hampir 5,000 orang terjejas oleh bahan kimia toksik yang dibuang oleh pelaku yang tidak bertanggungjawab di Sungai Kim Kim, Johor, serta bencana industri lampau seperti Tragedi Bright Sparkler.
Terbaharu, negeri Johor sekali lagi dikejutkan dengan pencemaran sisa kimia yang mengakibatkan trauma bencana kimia kepada kira-kira 1,500 penduduk Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram akibat pencemaran sisa kimia, dipercayai dibuang di sungai berhampiran.
Oleh itu, UTM-MPRC Institute for Oil and Gas (IFOG) berhasrat untuk menganjurkan Seminar Kesiapsiagaan Bencana Kimia dan Teknologi Bersempena Hari Antarabangsa bagi Pengurangan Risiko Bencana Dunia dan Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2023 (BKN 2023).Â
OBJEKTIF
- Membincangkan tentang kesiapsiagaan Malaysia dalam menghadapi bencana bahaya kimia dan teknologi.
- Memupuk perbincangan di kalangan pengurusan pakar bencana teknologi.
- Memahami ancaman bencana kimia dan teknologi dan usaha kerajaan dalam menangani impak bencana kimia dan teknologi serta peranan pihak berkepentingan.