3 Felo Penyelidik CEE UTM Diiktiraf Akademi Sains Malaysia

KUALA LUMPUR: Tiga Felo Penyelidik Pusat Pendidikan Kejuruteraan (CEE), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memperoleh penganugerahan dan pengiktirafan daripada Akademi Sains Malaysia (ASM) dalam satu majlis penyampaian Penganugerahan Felo ASM dan Pengiktirafan Top Research Scientist Malaysia (TRSM) 2022 yang telah disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr Adham Baba, baru-baru ini.

Prof. Dr. Khairiyah Mohd Yusof, mantan Pengarah dan pengasas Pusat Pendidikan Kejuruteraan (CEE), Universiti Teknologi Malaysia telah menerima penganugerahan Top Research Scientist Malaysia 2022.

Prof. Dr. Khairiyah Mohd Yusof menerima anugerah Top Research Scientist Malaysia 2022

Selain daripada itu, beliau yang juga Felo Penyelidik di UTM CEE telah dilantik sebagai Associate dalam ASM Expert Network oleh Akademi Sains Malaysia bersama dengan dua orang lagi Felo Penyelidik UTM CEE iaitu, Prof. Dr. Fatin Aliah Phang dan Ts. Dr. Zulhasni Abdul Rahim.

Penganugerahan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa Pendidikan Kejuruteraan semakin diiktiraf di peringkat kebangsaan.

Dalam majlis tersebut, ASM telah mengiktiraf 453 Felo, 148 Top Research Scientists Malaysia, 225 Young Scientists Network (YSN-ASM), 51 Associates dan 11 Mahathir Science Award Laureates.

Pautan berita dan info berkaitan:

  1. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/1002916/akademi-sains-malaysia-iktiraf-70-individu-cemerlang
  2. https://www.akademisains.gov.my/experts/.