Lawatan Penanda Aras Pusat Kecemerlangan Fakulti Kejuruteraan Alam Bina, UKM

16 MEI 2023, UTM JOHOR BAHRU – Pusat Pendidikan Kejuruteraan (CEE), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menerima kunjungan daripada pihak pengurusan Fakulti Kejuruteraan dan  Alam Bina (FKAB), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 16 Mei 2023. Kunjungan ini merupakan lawatan penanda aras Pusat Kecemerlangan (CoE) oleh FKAB, UKM ke CEE, UTM Johor Bahru yang terdiri daripada Timbalan Dekan (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) serta Ketua-ketua Pusat Penyelidikan di FKAB, UKM.

Antara tujuan lawatan adalah bagi membincangkan strategi yang dilaksanakan oleh HICoE di UTM dalam pencapaian prestasi penyelidikan sebagai pusat kecemerlangan Universiti dan HICoE KPT dan memperkukuhkan pelan perancangan strategik penyelidikan bagi meluaskan interaksi, kesefahaman dan jaringan rangkaian perhubungan di kalangan ahli-ahli akademik, penyelidik dan industri dalam bidang tujahan penyelidikan CoE serta memberi resolusi terhadap kekangan semasa yang dihadapi dalam pengaktifan semula CoE.

Dalam program ini, beberapa perkara telah dibincangkan bersama termasuk struktur governan, pencapaian, keahlian, pengurusan pentadbiran di kedua-dua CoE. Delegasi FKAB UKM juga sempat dibawa melawat ruang-ruang pejabat, pembelajaran, dan makmal CEE.

CEE menyambut baik kehadiran delegasi lawatan yang diketuai oleh Prof. Ir. Dr. Rosdiadee Nordin, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Penyelidikan & Inovasi FKAB), UKM dan berharap agar kedua-dua pihak saling berhubungan baik dan menyokong satu sama lain demi manfaat dan kecemerlangan institusi pengajian tinggi Malaysia.

Senarai delegasi UKM:

  1. Prof. Ir. Dr. Rosdiadee Nordin
    Timbalan Dekan (Hal Ehwal Penyelidikan & Inovasi FKAB)
  2. Dr. Noor Ezlin Ahmad Basri
    Ketua Pusat Penyelidikan Pengangkutan Bandar Mampan (SUTRA)
  3. Ir. Dr. Norhana Arsad
    Ketua Pusat Penyelidikan Pendidikan Kejuruteraan (P3K)
  4. Madya Ir. Dr. Hassimi Abu Hasan
    Ketua Pusat Penyelidikan Teknologi Proses Mampan (CESPRO)
  5. Dr. Mohd Radzi Abu Mansor
    Ketua Pusat Penyelidikan Automotif (CAR)
  6. Mohd. Hadri Hafiz Mokhtar
    Ketua Penyelidikan FKAB
  7. Madya Dr. Mohamad Hanif Md Saad
    Ketua Pengkomersialan & Inovasi FKAB
  8. Farizah Ansarudin
    Ketua Unit Pusat Kecemerlangan, Makmal & Instrumentasi Penyelidikan
  9. Puan Roslena Md. Zaini
    Ketua Unit HEPI, Data, Geran, MyRA & Harta Intelek
  10. Noraidi Tawel
    Penolong Pegawai Sains

Pautan gambar lawatan