Majlis Berbuka Puasa CEE 2023

Centre for Engineering Education (CEE) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa CEE pada 9 April 2023 di ruang pejabat CEE, Aras 2, Blok C09, UTM Johor Bahru.

Majlis telah dihadiri oleh felo, staf, dan rakan pensyarah CEE bersama ahli keluarga masing-masing. Majlis dimulai dengan ucapan penghargaan kepada para hadirin dan tazkirah ringkas bertajuk ‘Sabar’ yang disampaikan oleh Pengarah CEE, PM Ir Ts Dr Zaki Yamani Zakaria sebelum masuk waktu Maghrib. Setelah berbuka puasa, hadirin menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di ruang yang telah disediakan khas di ruang pejabat CEE. Sebelum bersurai, semua hadirin bergambar bersama dan merakamkan video ucapan raya ringkas untuk kenangan. Semoga dengan pertemuan ini akan lebih mengeratkan ukhuwah antara warga CEE, rakan CEE dan ahli keluarga.

Antara gambar yang sempat dirakamkan semasa majlis tersebut adalah seperti di bawah. Gambar lain akan dimuatnaik ke laman Facebook Centre for Engineering Education.