Majlis Perpisahan Prof. Dr. Khairiyah & PM. Dr. Syed Ahmad Helmi​

Majlis Persaraan PM. Dr. Syed Ahmad Helmi dan Majlis Perpisahan Prof. Dr. Khairiyah & PM. Dr. Syed Ahmad Helmi​

Majlis Persaraan PM. Dr. Syed Ahmad Helmi dan Majlis Perpisahan Prof. Dr. Khairiyah dan PM. Dr. Syed Ahmad Helmi telah diadakan pada 1 Ogos 2023 di Ruang Pejabat Pusat Pendidikan Kejuruteraan, Blok C09, UTM bersama felostaf, dan rakan-rakan CEE.

Prof. Dr. Khairiyah Mohd Yusof, yang merupakan pengasas Pusat Pendidikan Kejuruteraan atau dikenali sebagai CEE yang ditubuhkan pada tahun 2010 dan PM. Dr. Syed Ahmad Helmi Syed Hassan telah banyak mencurah bakti dalam memartabat pendidikan kejuruteraan di rantau Asia dan sehingga menjadikan nama CEE terkenal di serata dunia dalam bidang pendidikan kerjuruteraan.

Prof. Dr. Khairiyah dan PM. Dr. Syed Ahmad Helmi akan berpindah ke Purdue University, Amerika Syarikat dan bertugas sebagain Professor di sana bermula 11 Ogos 2023.

Seluruh warga CEE mengucapkan Tahniah dan Selamat Maju Jaya kepada Prof. Dr. Khairiyah dan PM. Dr. Syed Ahmad Helmi.

Turut diraikan bersama adalah En. Mohamad Syahrul Nizam, Pegawai Penyelidik (kontrak geran) yang akan berpindah ke UKM.